Rasanya dah kering air mata.. .
Rasanya dah letih mencuba.. .
Sampai satu tahap redha je lah yang mampu.. .
Kita kena selalu ingat...Tak semua yang kita nak kita akan dapat.. .
ALLAH bagi apa yang kita perlu..Bukan apa yang kita mahu.. .
Kalau dapat, bagaimana kita bersyukur?? .
Kalau tak dapat, adakah kita bertafakur?? .
Bukan senang nak sabar dalam bersabar.. .
Bukan mudah nak redha dalam pasrah.. .
Adakah kita bersangka baik terhadap ALLAH.. .
Adakah kita mengeluh dalam musibah.. .
Fitrah manusia sesungguhnya amat lemah.. .
Nak bernafas pun perlukan keizinan dari ALLAH.. .
Bila ditimpa ujian, duduk diam2 tanya iman, tanya hati.. .
Adakah ini kifarah dosa kita atau ujian ALLAH yang penuh hikmah untuk hambaNYA.. .
Manusia boleh berkata bermacam-macam.. .
Tapi mereka tak rasa apa yang kita pendam dalam diam.. .
Biarlah mereka nak fikir apa pun, asalkan kita jaga hati kita supaya tidak berpaling dari ALLAH... .
#Throwback
#LoveMyFamily.
#KenanganTersematDiLubukHati
#CubaBangkitDalamPasrah.
#MuhasabahDiri
No comments:
Post a Comment