Monday, 21 October 2013

Kau selamanya...

 
*berangan ja lebih..haha...


Aku amat sayang kamu
dari dulu hingga kini
tak berubah ku terlena keranamu

walau apa pun yg t'jadi
aku setia menyayangimu
diri kamu kan berada di hatiku

kau insan yg t'istimewa
dulu kini selamanya
ku terimakan dirimu oh sayang.

ku b'harap kau pun begitu
sama2 mencintai,
oh indahnya cinta ini b'samamu.

terimalah diriku seadanya sederhana
kan ku b'serah kepadamu ya ALLAH.. 

SAYANG AWAK..

Thursday, 17 October 2013

WARKAH CINTA UTK SI DIA.

 

Aku sedang menanti dia,
Seorang lelaki yang akan bergelar suami,
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH,
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah.

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani,
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar,
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri,
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah.

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya.

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi,
Dia menasihati ku supaya mengingati mati,
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia,
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa.

Dia memang sentiasa kelihatan penat,
Matanya penat kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari.

Dia sentiasa mengingati mati,
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata,
Kita hambaNYA adalah pelakon,
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti.

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat,
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam,
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa,
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga.

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan,
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak,
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri.

Dia sentiasa menjaga solatnya,
kerana itulah maruah dirinya,
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga,
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA,
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya.

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.,
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya,
Kekasih sejatinya dan kekal abadi Iaitu ALLAHURABBI.

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga,
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali,
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta,
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki.

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta,
Andai dia hilangkan cintanya,
maka hilanglah cintaku pada dia,
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA,
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia.

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu,
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku,
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia,
Kerana,Dia pilihan ku..Amin....


  *Ya ALLAH Sekiranya mmg 'die' yg KAU takdir kn m'jadi jodoh ku, KAU p'mudahkan lah segala urusan kami ke arah sebuah ikatan yang halal dan suci.& KAU dekatkan lah ikatan hati kami..tp sekiranya 'die' bkn di takdir menjadi jodohku maka KAU jauhkan lah 'die' dariku..& jauh kan lah aku drpd 'die'...

Tuesday, 15 October 2013

1 HARI DI HARI RAYA AIDIL ADHA..


actually nie gmbr time raya puasa ri 2..pg td xsmpt nk amik gmbr reramai..

Alhamdulillah...ALLAH msh beri pnjm nyawa utk meraikan hari raya aidil adha tahun nie b'sama family..
as we know, hari raya aidil adha nie cukup besar makna nya pd umat islam di seluruh dunia. Hari raya aidil adha atau dikenali juga sebagai hari raya haji yg mana sebahagian umat islam menyempurnakan rukun islam yg ke-5 yakni menunaikan haji di Mekah..
kebiasaannya hari raya aidil adha akan di kaitkan dgn kisah yg b'laku t'hadap pengorbanan nabi Ibrahim & nabi Ismail dlm melaksanakan wahyu yg diterima oleh nabi ibrahim 'alaihissalam daripada ALLAH..wahyu yg mana nabi Irahim terima dlm bentuk mimpi..& di dlm mimpi tersebut ALLAH menyuruh nabi Ibrahim menyembelih anak nya, nabi Ismail. Slps mendapat mimpi itu, lantas nabi ibrahim berbincang bersama isteri(siti hajar) & anak nye(ismail).maka Hajar b'kata kpd suami nye "mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur,tapi sekiranya ia wahyu dari ALLAH,maka kau wajib turuti." setelah mendengar bicara ibunya, maka Ismail pn m'gesa ayah nye melaksanakan apa yg ALLAH perintahkan kpd nabi Ibrahim di dlm mimpi nye. & dia(nabi Ismail)merelakan dirinya disembelih.
Dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan org ramai..& meraka menganggap nabi ibrahim itu gila sehingga sanggup menyembelih anaknye. namun begitu,nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah ALLAH yg satu itu. Lalu pergi lah nabi Ibrahim bersama anak nya,Ismail ke tempat yg di tuju utk melaksanakan perintah yang maha esa. Dengan ucapan kalimah ALLAH,maka lalu nabi Ibrahim memancungkan pedangnya yang tajam ke leher anaknya. Maka terperciklah darah mengenai tubuh badan nabi Ibrahim, lalu menggeletarlah seluruh tubuh badan nabi Ibrahim. Apabila nabi Ibrahi membuka matanya, alangkah terkejutnya baginda,kerna yang di sembelih nye itu bukanlah anak nya,tetapi seekor kibas.
melalui peristiwa ini,dapat kita lihat,sifat ketaqwaan dan ketaatan yang sangat tinggi dlm diri nabi Ibrahim dan nabi Ismail sebagai hamba ALLAH dalam menegakkan syiar Islam walaupn terpaksa mengorbankan anak nye sendiri.
Dan melalui kisah ini juga lah,hari raya aidil adha di kaitkan dengan ibadah korban. Inilah salah satu keistimewaan hari raya aidil adha. Ibadah korban hanya dilakukan dalam masa 4hari sahaja bermula selepas sembahyang sunat hari raya sehinggalah tenggelamnya matahari pada 13 zulhijjah...

-SALAM AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN- 
 
 

hari raya eid adha







alhamdulillah...ALLAH msh ag beri pnjm nyawa utk kita b'temu dgn hri raya eid adha..utk m'hayati mkna sbnr pengorbanan, seperti mn yg di lakukan oleh nabi ALLAH yakni nabi ibrahim n nabi ismail 'alaihissalam.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..
"sunyi ja..xdak bunyi mercun.."

Monday, 14 October 2013

my first entry.

welcome to my blog...p'cubaan pertama mummy iera dlm blog...thankz pd yg sudi follow...